Be Invisible


Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Or you want to see my stuff? Read the story back here :)


Bubblegum(s)


100% Copyright by AZIMAH AZLAN
Powered by Blogger.
Pening Kepala menyerang lagi


Assalammualaikum and Hello
Lawakan kasut saya.Jangan curi ye.Penat saya jalan kaki pergi Paris beli kasut tu tau.Tu kaki saya.~Sila sepak laju-2~.Sebenarnya kasut tu takde kena mengena dengan entry saya kali ni.
Additional Info : > Saya suka pakai high heels sebab dia membuatkan saya kelihatan lebih tinggi
Tadi baru abah saya call dia baru decide nak booking chalet.Tapi chalet dah penuh.Terpaksa laa kitorang satu family menyewa apartment.Ma saya hampa sangat sebab dia lebih suka duduk chalet yang package seaview.Tapi dah full.Jangan salah faham dulu.Saya dan keluarga saya bukan nak makan angin.Kalau kitorang nak telan angin dah lama saya pergi Rumah kedua saya kat Paris.Kat sana lebih best makan angin.

Act. kitorang kena hantar kakak saya ke Politekniknya yang terletak di Sabak Bernam ,Selangor.Nama Politeknik dia Politeknik Sultan Idris Shah .Dah la kitoang tak familiar area-2 Sabak Bernam.Kalau area-2 Subang Jaya takpe jugak.Dah rezeki dia di sana kan.Dah enam novel saya khatamkan sepanjang cuti ni.Tapi aku sedikit hampa sebab cuti tahun ni semua cerita kat tv tak membuatkan hati saya tertarik nak tengok.Tahun lepas lagi syok kot.

Cuti ni tempat saya dekat atas katil , depan lappy and kat dapur.Tiga tempat tu la yang menjadi kegemaran saya cuti ni.Saya rasa saya sudah terlajak jauh dari tajuk.Saya tak tau hari ni kenapa saya rasa macam ada batu besar dalam kepala saya.Rasa berat sangat nak bangun.Saya takde migrain ye.Dan maybe saya rasa sebab hati saya hampa kot sebab permohonan saya ke sbp ditolak.Saya tak secerdik awak semua.Kawan saya nasihatkan saya supaya banyak-2 kan doa supaya ada lagi tempat kosong.Tapi sementara kepala saya tak mengamuk baik saya update blog kesayangan saya.

Saya sakit hati dengan seorang makhluk Tuhan ni.Dia telah melukakan perasaan saya.Sakit tak terhingga hati saya.Tapi saya sabar.Saya tak boleh bagitau namanya sebab saya tak suka membuka aib orang tu.Okela kepala saya dah banyak ragam ni bye.

Katil here I come