Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Or you want to see my stuff? Read the story back here :)
100% Copyright by AZIMAH AZLAN
Powered by Blogger.
|
7 Diet Makanan Tahan Lapar
Assalammualaikum and Hello Haa sape nak diet entry ni special for you all yang nak diet tu.Jangan pulak sehari makan sepinggan nasi pulak tu.Tu dah melampau dah tu.Jangan diikutkan sangat nafsu makan yang semakin menjadi-2 tu.Nanti, takut korang pula termasuk dalam kelompok obesiti. 1.Ikan -> Ikan seperti salmon , tuna & makerel mengandungi asid lemak Omega-3 yang mampu menurunkan kolestrol dan mempercepatkan metabolisme.Asid lemak Omega-3 mampu mempengaruhi metabolisme dan menentukan sama ada ia membakar kalori @ menyimpannya sebagai lemak.Sediaan dengan cara memanggang @ mengukus adalah terbaik. 2.Buah-Buahan and Sitrus -> Buah-buahan seperti lemon , limau dan tomato yang mengandungi vitamin C serta serat membantu proses hapus lemak dengan lebih cepat.Buah sitrus mengandungi kandungan air yang tinggi sekitar 50 hingga 75 kal yang boleh membuat rasa kenyang untuk jangka waktu lebih lama. 3.Sayur Hijau -> Bayam, asparagus dan brokoli memilikki kesan termal yang tinggi pada tubuh dan tentunya rendah kalori.Serat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi antioksidan,vitamin dan mineral yang memberi rasa kenyang. 4.Bertih Jagung -> Mengunyah bertih jagung memberi rasa kenyang yang ketara.Ia membuat korang akan berhenti mengambil makanan lain.Tapi , Awas!Bukan bertih jagung yang bercampur dengan karamel @ perisa lain. 5.Kacang -> Merupakan sumber serat dan protein yang baik.Kacang mengambil masa yang lama untuk dicerna.Disebabkan tu,korang akan merasa kenyang untuk tempoh yang lama berbanding nutrisi lain. 6.Susu Rendah Lemak -> Yogurt dan keju rendah lemak adalah sumber kalsium yang baik.Kalsium membantu memecah sel-2 lemak yang ada dalam tubuh.Kalsium menghasilkan calcitrol,sejenis hormon yang menyimpan lemak baik untuk tahan lapar. 7.Epal -> Buah epal sering dijadikan sebagai pengganti makanan untuk individu yang berdiet kerana setiap sebiji epal mengandungi kadar air dan serat yang cukup tinggi.Ia akan membantu memberi rasa kenyang selepas memakannya.Manakala pada kulitnya pula terdapat kandungan serat larut bersama pektin.Ia dapat membantu nafsu makan secara semula jadi. |